Wednesday, December 9, 2009

Walimatul Urus

Sdr Osyahril Othman, Ketua Pemuda Cawangan Sungai Jernih menjemput semua ahli Pemuda UMNO Bahagian Segambut ke majlis perkahwinan beliau, hari Sabtu ini 12 Disember 2009, di PPR Taman Wahyu (belakang Tesco Extra) bermula jam 12.00 tengahari.

Friday, December 4, 2009

Kenyataan Balas berhubung artikel Mahadhir Sulaiman di blog Wilayahkini

Rujuk: www.wilayahkini.blogspot.com

Assalamualaikum Wbrt, salam hormat pada pengunjung blog wilayahkini.

Saya terpanggil untuk tampil memberi respon berhubung polemik kenyataan Mahadhir selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.

Saya yakin para pengunjung membuat komen berdasarkan artikel yang disiarkan oleh Wilayahkini yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Pada hemat saya, ada dua subjek yang dirungkai oleh Sdr Mahadhir. Pertama, berkenaan kes Dato Norza dan yang kedua cadangan mewujudkan tabung.

Natijahnya, tasawwur yang dilontarkan Mahadhir cukup berhemah dan sangat dogmatik. Beliau tidak mengkritik kepimpinan dengan keterlaluan bahkan menegur sikap sesetengah ahli dan mungkin merujuk kepada rakan-rakan yang cepat benar menghukum.

Dalam perkara membabitkan Dato Norza dan Sdr Taupik, bukankah istilah undang-undang boleh dirujuk sebagai "everyone has the right to be presumed innocent until proved guilty".

Namun, persekitaran politik hari ini termasuklah komentar-komentar antagonis di sini yang boleh saya tafsirkan sebagai 'remain guilty until proven innocent'

Bukankah ada bedanya dua istilah di atas? maka saudara renungkan.

Membaca telahan mahadhir, beliau mengajak rakan-rakan khususnya Pemuda Wilayah saling membantu dan peka. Semangat persaudaraan sahaja yang mampu memelihara maslahah ukhwah silaturrahim.

Sehingga hari ini, tabung yang disarankan oleh Mahadhir adalah untuk membantu kos guaman Sdr Taupik yang merupakan Penolong Setiausaha Pemuda Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pemuda UMNO Wangsamaju.

Saya mencadangkan agar moderator/admin blog Wilayahkini menyiarkan artikel lanjutan Mahadhir di akhbar Sinar bertarikh 24 November 2009 bagi menutup segala salah-faham berhubung polemik Dato Norza dan tabung untuk Sdr Taupik.

Berikut adalah kenyataan yang saya terima dari wartawan akhbar tersebut:

NOTE : SIARAN SINAR HARIAN 24 November 2009

JANGAN PANDANG SERONG USAHA GERAKKAN TABUNG

SEGAMBUT- Niat dan usaha untuk mengerakkan tabung untuk membantu bekas Ahli Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Norza Zakaria telah disalahertikan sesetengah pihak.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mahadhir Sulaiman berkata tabung bantuan itu juga akan digunakan untuk membiayai kos guaman Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Taupik Husin yang kini didakwa memberi keterangan bercanggah di mahkamah berhubung dakwaan rasuah.

“ Tiada agenda tersembunyi cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa-apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan pemuda di seluruh negeri turut sama menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung itu.

“ Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tomahan yang dibuat kerana kerana mereka baru sahaja didakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi yang hendak bantu.

Mahadhir dalam kenyataannya sebelum ini mahu menggesa kepimpinan Tertinggi UMNO supaya jangan menghukum terlalu awal pemimpin yang baru didakwa atas kesalahannya selain turut mengkritik UMNO kerana tidak memberi khidmat bantuan guaman kepada kedua-dua pemimpin itu.

Keadaan itu katanya akan melunturkan keyakinan ahli UMNO malah orang akan gerun hendak masuk UMNO.
-TAMAT-

Sungguhpun begitu, berbahas kerana emosi dengan mengusik keperibadian seseorang tanpa berani menjelmakan identiti adalah sifat-sifat mazmumah yang harus dibersihkan untuk menjadi pejuang UMNO

Di bawah kepimpinan Mahadhir, bermula Oktober 2008 sehingga hari ini, Pemuda Segambut telah menganjurkan 29 program. Program tersebut bukanlah program 'syok sendiri' kerana kami turut melibatkan NGO, para penduduk, kariah surau/masjid, lepasan sekolah, kakitangan kerajaan dengan kerjasama ahli-ahli parti.

Sengaja saya kongsi rekod perkhidmatan Mahadhir dan Pemuda Segambut sebagai nota tambahan buat para antagonis agar memberi ruang positif untuk kami untuk melaksanakan tanggungjawab.

Pemuda Segambut telah dihadamkan oleh Mahadhir dengan kalimah 'pemimpin politik bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan'

Terima kasih.
PSU Pemuda Segambut