Thursday, April 29, 2010

Persiapan Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan

PERHATIAN KEPADA

Sdr Ahli Jawatankuasa
Sdr Ketua Pemuda Cawangan
Sdr Ahli Pemuda Cawangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut


Assalamualaikum Wbrt dan Salam Sejahtera.

Sila ambil perhatian bahawa, mesyuarat tahunan bagi setiap UMNO Cawangan akan bermula pada 1hb Mei sehingga 15hb Jun 2010. Oleh yang demikian, saya ingin memanjangkan informasi yang diberikan oleh Sdr Mohd Taupik Hj Hussain, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Maklumat yang diberikan berhubung persiapan mesyuarat tahunan adalah seperti berikut

1. Senarai nama ahli cawangan dan pemuda cawangan haruslah merujuk kepada senarai terbaru yang dikeluarkan oleh UMNO Malaysia selepas proses pemutihan ahli. Sila ambil perhatian, bahawa senarai tersebut dalam proses pengedaran buat masa ini.

2. Korum mesyuarat pemuda cawangan dengan jumlah minima adalah 9 orang. Justeru, Saudara diingatkan agar memastikan kehadiran ahli mencukupi dari korum yang ditetapkan.

3. Sila pastikan di dalam buku peraturan persidangan tahun ini, agenda 'Mencalunkan & Memilih 2 Orang Wakil Pemuda Bahagian Ke Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Malaysia' dikeluarkan dari agenda. Sebaliknya, setiap calun yang berhasrat bolehlah mengisi borang dan bertanding pada hari Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Segambut kelak. Borang akan diedarkan oleh Sekretariat Pentadbiran Pemuda UMNO Malaysia dalam jangkamasa terdekat.

4. Ketua Pemuda Cawangan hanya menjadi perwakilan cawangan secara automatik ke Persidangan Tahunan UMNO Bahagian pada tahun pemilihan sahaja. Maknanya, pada tahun bukan pemilihan seperti tahun ini hanyalah perwakilan yang dipilih di peringkat cawangan dan Ketua Cawangan secara automatik.

Demikian, maklumat berkenaan persiapan mesyuarat tahunan untuk perhatian Sdr sekalian. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut, Insyaallah saya akan memberi kerjasama sebaiknya.

Terima kasih dan harap maklum. - Penolong Setiausaha PPUBS