Sdr Osyahril Othman, Ketua Pemuda Cawangan Sungai Jernih menjemput semua ahli Pemuda UMNO Bahagian Segambut ke majlis perkahwinan beliau, hari Sabtu ini 12 Disember 2009, di PPR Taman Wahyu (belakang Tesco Extra) bermula jam 12.00 tengahari.
Wednesday, December 9, 2009
Friday, December 4, 2009
Kenyataan Balas berhubung artikel Mahadhir Sulaiman di blog Wilayahkini
Rujuk: www.wilayahkini.blogspot.com
Assalamualaikum Wbrt, salam hormat pada pengunjung blog wilayahkini.
Saya terpanggil untuk tampil memberi respon berhubung polemik kenyataan Mahadhir selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.
Saya yakin para pengunjung membuat komen berdasarkan artikel yang disiarkan oleh Wilayahkini yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Pada hemat saya, ada dua subjek yang dirungkai oleh Sdr Mahadhir. Pertama, berkenaan kes Dato Norza dan yang kedua cadangan mewujudkan tabung.
Natijahnya, tasawwur yang dilontarkan Mahadhir cukup berhemah dan sangat dogmatik. Beliau tidak mengkritik kepimpinan dengan keterlaluan bahkan menegur sikap sesetengah ahli dan mungkin merujuk kepada rakan-rakan yang cepat benar menghukum.
Dalam perkara membabitkan Dato Norza dan Sdr Taupik, bukankah istilah undang-undang boleh dirujuk sebagai "everyone has the right to be presumed innocent until proved guilty".
Namun, persekitaran politik hari ini termasuklah komentar-komentar antagonis di sini yang boleh saya tafsirkan sebagai 'remain guilty until proven innocent'
Bukankah ada bedanya dua istilah di atas? maka saudara renungkan.
Membaca telahan mahadhir, beliau mengajak rakan-rakan khususnya Pemuda Wilayah saling membantu dan peka. Semangat persaudaraan sahaja yang mampu memelihara maslahah ukhwah silaturrahim.
Sehingga hari ini, tabung yang disarankan oleh Mahadhir adalah untuk membantu kos guaman Sdr Taupik yang merupakan Penolong Setiausaha Pemuda Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pemuda UMNO Wangsamaju.
Saya mencadangkan agar moderator/admin blog Wilayahkini menyiarkan artikel lanjutan Mahadhir di akhbar Sinar bertarikh 24 November 2009 bagi menutup segala salah-faham berhubung polemik Dato Norza dan tabung untuk Sdr Taupik.
Berikut adalah kenyataan yang saya terima dari wartawan akhbar tersebut:
NOTE : SIARAN SINAR HARIAN 24 November 2009
JANGAN PANDANG SERONG USAHA GERAKKAN TABUNG
SEGAMBUT- Niat dan usaha untuk mengerakkan tabung untuk membantu bekas Ahli Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Norza Zakaria telah disalahertikan sesetengah pihak.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mahadhir Sulaiman berkata tabung bantuan itu juga akan digunakan untuk membiayai kos guaman Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Taupik Husin yang kini didakwa memberi keterangan bercanggah di mahkamah berhubung dakwaan rasuah.
“ Tiada agenda tersembunyi cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa-apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan pemuda di seluruh negeri turut sama menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung itu.
“ Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tomahan yang dibuat kerana kerana mereka baru sahaja didakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi yang hendak bantu.
Mahadhir dalam kenyataannya sebelum ini mahu menggesa kepimpinan Tertinggi UMNO supaya jangan menghukum terlalu awal pemimpin yang baru didakwa atas kesalahannya selain turut mengkritik UMNO kerana tidak memberi khidmat bantuan guaman kepada kedua-dua pemimpin itu.
Keadaan itu katanya akan melunturkan keyakinan ahli UMNO malah orang akan gerun hendak masuk UMNO.
-TAMAT-
Sungguhpun begitu, berbahas kerana emosi dengan mengusik keperibadian seseorang tanpa berani menjelmakan identiti adalah sifat-sifat mazmumah yang harus dibersihkan untuk menjadi pejuang UMNO
Di bawah kepimpinan Mahadhir, bermula Oktober 2008 sehingga hari ini, Pemuda Segambut telah menganjurkan 29 program. Program tersebut bukanlah program 'syok sendiri' kerana kami turut melibatkan NGO, para penduduk, kariah surau/masjid, lepasan sekolah, kakitangan kerajaan dengan kerjasama ahli-ahli parti.
Sengaja saya kongsi rekod perkhidmatan Mahadhir dan Pemuda Segambut sebagai nota tambahan buat para antagonis agar memberi ruang positif untuk kami untuk melaksanakan tanggungjawab.
Pemuda Segambut telah dihadamkan oleh Mahadhir dengan kalimah 'pemimpin politik bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan'
Terima kasih.
PSU Pemuda Segambut
Posted by [pi.es.you] at 1:46 PM
Tuesday, November 24, 2009
Aktiviti PPUBS sempena Aidil Adha
Ketua Pemuda dan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut menjemput semua warga Pemuda Segambut, Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan Puteri Bahagian dan Cawangan menyertai majlis kami bersempena sambutan Aidil Adha seperti berikut:
Tarikh : 26 November 2009, 9 malam
Lokasi : Dewan UMNO Segambut Dalam
Aktiviti : Program Bakar Lemang 1 Malaysia
PPUBS berhasrat mengadakan jualan lemang dengan tema
"1 Lemang = 1RM = 1 Malaysia"
Semua warga UMNO Segambut yang tidak pulang ke kampung halaman di jemput hadir dan membeli 'lemang' yang termurah di Malaysia (sepatutnya di catat dalam Malaysia Book Record). Program ini dijangka akan turut disertai oleh wakil pemuda parti komponen Barisan Nasional Segambut. Aturcara seperti berikut:
7.00 mlm - solat maghrib dan bacaan Yassin di Madrasatul Awalliah
8.30mlm - solat Isyak
9.00 mlm - demo bakar lemang di dewan UMNO Segambut Dalam
9.15 mlm - jamuan makan malam
nota: Ahli Pemuda diminta memakai baju melayu putih
Tarikh : 29 November 2009, 8 pagi
Lokasi : Surau Sri Hartamas
Aktiviti : Ibadah Korban
Sekali lagi, tahun ini PPUBS menganjurkan ibadah korban yang akan dianjurkan bersama Persatuan Pemandu Teksi WP serta ahli kariah Surau Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Semua warga UMNO Segambut dijemput hadir bagi mengeratkan silaturrahim sesama kita dengan bergotong-royong bagi melaksanakan program ini. Aturcara seperti berikut:
7.30pg - sarapan pagi di Surau Hartamas (sebelah Petronas)
- taklimat oleh Sdr Mohd Faizal Zulkarnain
8.15pg - Ibadah Korban dimulakan oleh Tn Hj Ahm Baidzawi
- kerja-kerja melapah dan persiapan memasak
1.00ptg- solat Zuhur diikuti jamuan makan tengahari
Adalah menjadi harapan kami agar semua warga UMNO Segambut sudi melapangkan masa dan menghadiri 2 program yang kami anjurkan ini.
Bagi pihak Ketua Pemuda dan AJK PPUBS, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan hati-hati memandu kepada mereka yang pulang ke kampung halaman.
Sekian, salam hormat
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn Segambut
Posted by [pi.es.you] at 7:03 PM
Monday, November 23, 2009
Tahniah Sdr Mahadhir Sulaiman
BERITA PPUBS
22 November - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut hari ini mengucapkan setinggi penghargaan tahniah kepada Sdr Mahadhir Bin Sulaiman selaku Ketua Pemuda yang dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Melaka oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini.
Mahadhir dalam satu kenyataannya di sini berkata, "Terima kasih kepada semua yang telah banyak menabur komitmen dan harapan saya semoga pengiktirafan juga diberikan kepada setiap warga Pemuda Segambut" jelas beliau menerusi kenyataan ringkas di laman facebook.
Selain Mahadhir, antara ahli UMNO Bahagian Segambut yang turut sama dianugerahkan pingat kebesaran adalah Bahtiar Adnan (J.P), Huzry Fionawatty (B.C.M), Ahmad Bakari (P.J.K.) dan Norisah Yasir (B.K.T.)
Psu Pemuda Segambut
info-ppubs.blogspot.com
Posted by [pi.es.you] at 1:54 AM
Friday, November 13, 2009
Kursus Bela Nusa di Ulu Sepri
UMNO Bahagian Segambut 4 peringkat akan menyertai kursus Bela Nusa anjuran Biro Tatanegara pada 13-16 November 2009 di Kem Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Kepada para peserta diminta hadir seawal jam 7.30 malam di Masjid Firdaus kerana bas konvoi dijangka akan bertolak pada jam 8.00 malam.
Sehubungan dengan itu, semua para peserta diingatkan untuk membawa semua kelengkapan peribadi termasuk ubat-ubatan yang difikirkan perlu.
Pemuda Segambut setakat ini menghantar seramai 31 peserta dan diharap tidak ada perubahan di saat-saat akhir. Ketua Pemuda Segambut, Sdr Mahadhir Sulaiman menyeru semua para peserta untuk turut sama menyertai konvoi dengan menaiki bas yang disediakan.
Harap maklum
Posted by [pi.es.you] at 3:40 PM
Teks Ucapan Sdr Mahadhir Sulaiman pada Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sdr Mahadhir Sulaiman telah diberi penghormatan untuk mewakili pemuda Wilayah Persekutan untuk membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda pada Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tahun 2009 di PWTC pada 14hb Oktober 2009. Berikut adalah teks ucapannya.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Terima kasih saya ucapkan kepada
Yang berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap
Yang Dikasihi, YB Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Yang dihormati, YB Dato’ Razali Bin Ibrahim
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Yang dimuliakan, wakil Majlis Tertinggi UMNO,
YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
Y. Bhg. Dato’ Dr Awang Adek Bin Hussin
Y. Bhg. Dato’ Hj Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
Salam hormat kami kepada barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak dilupakan sdr Syahrin Jamaluddin selaku exco angkat PPUBS.
Salam perjuangan kepada Ketua-Ketua Pemuda Negeri, Ketua-Ketua Pemuda Bahagian
Seterusnya, para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.
1. Pertamanya marilah kita mengaturkan rasa syukur ke hadrat Allah Swt kerana memberi kita kesihatan yang baik hari ini untuk kita berhimpun melaksanakan agenda parti di samping mengeratkan serta memperteguhkan ukhwah sesama kita.
2. Sesungguhnya setiap butir bicara kita pada hari ini adalah berunsurkan kepada kolektif dengan mengamalkan prinsip musyawarah sebagaimana firman Allah Swt dalam Surah Al-Imran, ayat 159
“… dan hendaklah kamu bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara dan setelah membuat keputusan dengan penuh keazaman, maka bertawakkallah kepada Allah ke atas keputusan itu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”
3. Menerusi perbahasan ini, pastinya pelbagai pandangan, pendapat, sokongan, bahkan ada jua yang akan membangkang. Inilah sebenarnya sifat dan naluri anak muda. Harapan kami, biarpun perbezaan pendapat itu agak ketara, namun pastinya membawa maksud yang baik untuk UMNO. Saya ingin memetik ungkapan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di Kongres Melayu Tanah Melayu pada tahun 1946 iaitu:-
“sungguhpun ada di antara kita yang berlainan fikiran dan faham serta berlainan taraf dan kedudukan… tetapi tujuan dan maksud kita hanya satu jua, iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah kesopanan bangsa kita, kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat, dan kita hanya kuat jika kita bersatu-padu”
4. Saudara perwakilan yang dikasihi sekalian,
Selaku wakil kepada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, izinkan saya memanfaatkan kesempatan ini untuk turut sama berbahas tentang fenomena yang sedang dihadapi berhubung kekhuatiran kita terhadap anak-anak muda bandar yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang seakan menjauhkan diri dengan politik dan perjuangan orang Melayu.
5. Perkara ini kami bangkitkan pada perhimpunan kerana kami sedar bahawa Pemuda Wilayah sering menjadi panduan kepada rakan-rakan di negeri lain. Ragam anak muda di Bandar jauh lebih hebat sebenarnya. Sebab itu, strategi Pemuda Wilayah dalam mendekati golongan muda Bandar harus setapak ke hadapan agar menjadi panduan dan contoh kepada rakan-rakan pemuda negeri.
6. Sdr sekalian, malam tadi kita diperdengarkan 4 rukun UMNO oleh YAB Timbalan Presiden iaitu wahdatul fikr atau kesatuan minda, wahdatul qalb / kesatuan hati, wahdatul amal / kesatuan amal dan wahdatul hadaf / kesatuan matlamat. Pemuda Wilayah berpendapat inilah antara pelengkap kepada transformasi UMNO.
Hanya dengan kesatuan minda yang dihayati dengan kesatuan hati lantas bergerak dengan kesatuan amal maka kita akan menuju kesatuan matlamat.
6. YAB Timb Presiden malam tadi juga mengungkap pujangga Raden Ngabehi Ronggo Warsito, sasterawan dari Jawa, iaitu ‘Hidup Di Zaman Edan’ (Zaman Gila). Ronggo dikenang sebagai sasterawan yang boleh meramal hari rohnya dicabut dari tubuh. Zaman Edan adalah karya teragung Ronggo Warsito yang merujuk kepada tanah jawa dilanda pelbagai wabak kegilaan dan pelbagai macam tragedi dan malapetaka. Benarlah kata Ronggo pada bait akhir puisi tersebut.. "seuntung apa pun orang yang lupa daratan.. lebih baik yang menjaga kasadaran"
7. Justeru, Pemuda Wilayah hari ini ingin menarik perhatian perwakilan tentang formula dan pendekatan yang akan dilaksanakan oleh Pemuda Wilayah Persekutuan bagi penggal 2008-2011 sebagai usaha bersepadu untuk menarik kembali minat dan sokongan anak muda terhadap UMNO dan memastikan PRU ke-13, Barisan Nasional akan kembali mendominasi kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan sekaligus menguburkan keangkuhan pembangkang.
8. YB Ketua Pemuda dan para perwakilan sekalian,
Pemuda Wilayah amat menyedari akan fenomena yang sedang dihadapi ini. Golongan muda di Wilayah Persekutuan amat sesuai dikategorikan sebagai simbol kepada ketamadunan masa hadapan sesebuah Negara. Mereka ini hidup berlingkaran kepada ‘urban civilization’ yang mencakupi gaya hidup, minat, citarasa, kepelbagaian latar belakang akademik.
9. Golongan remaja di bandar ini sebenarnya adalah ikon, gaya serta perintis yang mampu mengeksplorasi remaja luar bandar dari segi budaya, pakaian, hiburan dan juga gaya hidup. Justeru, Pemuda Wilayah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab kami amat berat untuk membendung penularan unsur-unsur negatif dari terus membelenggu UMNO memandangkan inilah generasi yang akan meneruskan perjuangan kita pada hari ini.
10. Golongan muda, belia atau remaja di bandar hari ini, atau dalam bahasa Pilihanraya iaitu saluran 4, 5 & 6 ini terdiri dari pelbagai latar belakang samada dari segi akademik, kerjaya, gaya hidup sosial. Amat sukar mendekati golongan ini andainya kita tidak terlebih dahulu menyelami naluri mereka.
11. Pemuda Wilayah mengenalpasti, antara faktor yang menjauhkan golongan ini dari melibatkan diri dengan politik adalah seperti berikut:
i) Pertama, golongan pengundi muda hari ini, berdasarkan pemerhatian kami, sebilangan besar yang berumur 30 tahun ke bawah tidak berminat dengan politik. Malah 30% dikalangan pemuda UMNO sendiri belum mendaftar sebagai pengundi utk pilihanraya. Itu yang bersama kita. Peratusan bagi mereka yang tidak berparti mungkin mencecah 60-70% masih enggan mengundi .
ii) Kedua, golongan pengundi muda melihat politik tidak ada ketelusan atau ‘transparency’. Hujah ini didokong dengan fakta yang disebarkan menerusi laman web pro pembangkang sehingga mempengaruhi dan meracuni pendirian mereka. Malah kegagalan Pemuda UMNO untuk memberi penerangan secara sistematik dan efektif menyebabkan golongan ini terus meminggirkan dan membuat andaian sendiri terhadap hal ehwal semasa di dalam juga diluar Negara.
iii) Ketiga, golongan ini juga melihat UMNO sebagai organisasi elit, kemewahan, pemimpin yang sukar didekati. Pada mereka, pemimpin sepatutnya mempunyai perwatakan yang merendah diri sekaligus menutup jurang untuk didekati.
Namun, Sebagai mana yang disarankan oleh YAB Presiden pada sesi Taklimat Presiden petang semalam bahawa pemimpin di setiap peringkat harus ikhlas dan tawadduk ketika berurusan dengan rakyat.
iv) Keempat, golongan pengundi muda juga merasakan politik itu adalah krisis kepimpinan. Pada mereka, melibatkan diri dalam kancah politik menjebakkan mereka kepada konflik dan mereka lebih cenderung kepada kehidupan yang kondusif dan bebas.
v) Kelima, kita jangan lupa kepada keluhan Pemuda UMNO sendiri, tatkala kita tewas dalam PRK, maka pengundi muda serta ahli pemuda diletakkan sebagai beban kekalahan, sebaliknya tatkala kita menang PRK di Bagan Pinang baru-baru ini, kita mahu pengiktirafan diberikan kepada jentera Pemuda UMNO kerana mereka inilah yang bersinsing lengan, berpeluh, tak makan kerana nak memenangkan calun parti.
12. Sidang perwakilan sekalian,
Masalah yang kami utarakan ini sebenarnya pernah dibincang secara umum samada menerusi media, wacana ilmu, forum dan sebagainya. Namun, Pemuda Wilayah sekali lagi membangkitkan isu dan polemik ini agar diambil perhatian yang lebih serius dan kami juga mahu di akhir ucapan penangguhan, saf kepimpinan memberi komitmen yang jelas terhadap fenomena yang menyelubungi generasi muda hari ini.
13. Seperti yang terlebih awal dimaklumkan, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan harus sentiasa berada selangkah di hadapan dalam mendekati pengundi muda kerana perkembangan sosial selalunya bermula di bandar2 besar. Hakikatnya, di peringkat perdana sekalipun pernah dibincangkan perkara ini secara meluas. Rasionalnya adalah kesedaran bahawa Barisan Nasional sedang diancam konflik pengundi muda mula menjauhkan diri. Maka, pelbagai formula digariskan antaranya konsep KBSMM iaitu Kenduri, Bersalin, Sakit, Mati dan Masjid.
14. Golongan muda hari ini pintar, walau lepasan SPM sekalipun, mereka mampu berfikir dengan rasional sekalipun mereka tidak mengetahui apa itu politik, apa itu perlembagaan, malah percayalah bahawa masih ramai yang tidak mengetahui ASAS kewujudan Barisan Nasional mahupun definisi pembangkang.
15. Namun, jika disentuh soal periuk nasi mereka, sara hidup mereka, bebanan kewangan yang dihadapi anak-anak muda lepasan SPM ini, maka mereka mudah saja terpengaruh dengan strategi halus yang digunakan pembangkang. Sebagai contoh, pada pilihanraya ke-12 yang lalu, Anwar Ibrahim mengumpan golongan ini dengan kempen menurunkan harga petrol untuk mengurangkan beban rakyat bagi menambah keselesaan kehidupan kepada rakyat terbanyak.
16. Justeru, selain konsep KBSMM, YB Ketua Pemuda sendiri telah menyatakan formula Pemuda UMNO Malaysia untuk mengembalikan sokongan pengundi muda dengan Rukun Pemuda. Tidak cukup dengan itu, sejumlah 28 portfolio telah diwujudkan di kalangan Exco yang antaranya disebut biro, unit dan sekretariat. Pemuda Wilayah amat bersetuju dan memberi sokongan padu untuk menggerakkan misi tersebut.
17. Sidang perwakilan yang dirahmati Allah sekalian,
Rakyat hari ini sebenarnya tidak pernah membenci UMNO, sebaliknya yang ditegur, yang ditentang adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Pucuk pimpinan harus memahami hakikat bahawa rakyat ingin melihat pemimpin-pemimpin baru diberi tempat dalam UMNO.
18. Saya ingin menarik perhatian perwakilan untuk merenung sejenak akan sejarah penubuhan Parti Keadilan Rakyat. Parti itu ditubuhkan kononnya dengan matlamat untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Sedarkah kita semua bahawa perintis kepada tertubuhnya parti tersebut adalah anak-anak muda. Mereka masuk bertanding pilihanraya dengan menamakan sebilangan besar anak-anak muda sebagai calun.
19. Justeru dengan mengambil kira permasalahan yang Pemuda Wilayah utarakan sebentar tadi, maka kami mencadangkan kepada kepimpinan beberapa formula sebagai penambahbaikan untuk menawan kembali kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan:
i) Pertama UMNO harus memanfaatkan IT sepenuhnya. Hari ini, saya amat yakin sebilangan besar di perwakilan telah menghadapi sindrom ‘facebook’. Kalau pembangkang mempelopori blog tetapi di kalangan UMNO adalah facebook.
Justeru, pemuda wilayah mencadangkan agar satu portal yang berciri dan mirip kepada facebook diwujudkan sebagai platform untuk membina satu pengkalan data yang mampu menarik bukan sahaja ahli-ahli pemuda UMNO malah membuka ruang generasi muda untuk menyertai komuniti tersebut kerana portal yang begitu interaktif.
ii) Kedua, Pemuda Wilayah mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi tempat kepada Naib Ketua Pemuda kita selaku Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan. Oleh yang demikian, kita mendesak Kerajaan agar memberi peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Belia & Sukan agar program mendekati golongan muda secara makro dan mikro yang lebih komprehensif dapat dilaksanakan.
iii) Ketiga, kepentingan budaya ilmu dan mengkaji dikalangan pemuda harus dipertingkatkan dengan bahan2 bacaan ilmiah bagi mengembang dan mematang cara berfikir secara lebih kritis dikalangan pemuda UMNO agar selari dengan kehendak bakal pengundi baru dalam PRU 13.
iv) Keempat, formula yang penting, dengan mengambil kira tuntutan dan hasrat rakyat yang mengimpikan perubahan secara total ini, Pemuda Wilayah mendesak kepimpinan agar membuka ruang dan laluan kepada anak-anak muda untuk dipilih sebagai calun Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13.
20. Kekanda Dato’ Pengerusi Tetap dan perwakilan sekalian,
Akhir sekali, kepada YB Ketua Pemuda, YB Naib Ketua Pemuda dan barisan Exco, Pemuda Wilayah ingin berkongsi falsafah melayu lama buat pedoman dalam berbakti kepada rakyat:-
Hidup matinya kerana rakyat, Hatinya bersih ibadatnya kuat
Ilmunya tinggi akalnya sihat, Terhadap janji ia taat
Kepada sumpah ia terikat, Bekerja rajin ringan dan berat
Memikul beban hatinya bulat,
Memimpin negeri banyaklah berkat
Memimpin umat beroleh rahmat
21. Akhir kata, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutan, melahirkan harapan agar di bawah kepimpinan YB Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pemuda UMNO akan dilihat lebih berani dan vokal dalam membawa permasalahan rakyat, insaf dan perihatin terhadap bebanan rakyat serta tidak goyang dalam menghadapi tekanan dan asakan pembangkang.
22. Pemuda Wilayah juga mengharapkan watak-watak anak muda yang berani ini tidak akan dipandang serong gerak langkahnya. ANGGAPLAH PEMUDA SEBAGAI HARAPAN BUKANNYA ANCAMAN. Sebagaimana pesanan Almarhum Tunku Abdul Rahman, pada persidangan pemuda pada tahun 1952;
“UMNO bergantung kepada pemuda dalam serba perkara. Sekiranya Pemuda kuat maka kuatlah UMNO, dan sebaliknya jika Pemuda lemah maka lemahlah UMNO”
Sekian, Wasallam.
Posted by [pi.es.you] at 3:33 PM
Sunday, October 4, 2009
Facebook dipermudahkan dengan CELCOM
Aloo... kawan2 Pemuda UMNO Segambut, segeralah menyertai komuniti Pemuda Segambut di Facebook.com
Bagi yang mempunyai akses berterusan menerusi Blackberry/iPhone atau CELCOM sms, sila konfigurasikan 'mobile setting' untuk menerima 'status update' dari saya tentang setiap aktiviti dan informasi tentang Pemuda UMNO Segambut.
Posted by [pi.es.you] at 1:16 PM
Thursday, September 3, 2009
Tahniah Tn Hj Kamarudin Hassan
Khamis, 3 September - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut hari ini menyampaikan setinggi penghargaan tahniah kepada Tn. Hj Kamarudin Hj Hassan berhubung perlantikan beliau sebagai Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 2hb September 2009.
Difahamkan perlantikan beliau diumumkan setelah mendapat restu dari YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Mengulas tentang perlantikan tersebut, adalah bersandarkan kepada pengalaman beliau selaku Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Segambut (2000-2004) dan kemudiannya dipilih secara majoriti sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut (2004-2008)
Pemuda Segambut berharap dengan perlantikan tersebut, beliau mampu membawa satu wacana politik yang baru dalam konteks pemikiran generasi muda.
Sekian,
Penolong Setiausaha Pemuda
Posted by [pi.es.you] at 5:20 PM
Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri
Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan menjemput Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ke majlis berbuka puasa bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin.
Majlis tersebut akan diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada 6 September 2009 hari Ahad. Pakaian adalah baju Melayu. Menurut surat jemputan yang dikeluarkan, majlis tersebut bermula jam 5.30 petang.
Justeru, bagi pihak KP, saya mengajak rakan-rakan semua hadir bersama-sama dan kebetulan Masjid Wilayah Persekutuan terletak di dalam Bahagian Segambut.
Sekian, harap maklum
Posted by [pi.es.you] at 5:14 PM
Tuesday, September 1, 2009
Majlis Berbuka Puasa Pemuda Segambut Bersama YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Mengambil keberkatan Ramadhan 1430 Hijrah, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut menjemput semua ahli Pemuda UMNO Bahagian Segambut ke majlis berbuka puasa bersama YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tarikh: 12hb September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Hijrah
Masa : 5.00 petang - 10.00 malam
Lokasi : Pusa Kegiatan KEMAS, Seri Batu, Lot 48565, Kampung Seri Batu,
Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Aturcara program adalah seperti berikut:
5.00ptg - Ketibaan para hadirin
5.30ptg - Sesi Penerangan dimulakan oleh JASA dan AADK
6.00ptg - Ucapan aluan oleh Sdr Mahadhir Sulaiman,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut
- Ucapan oleh YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar,
Ketua Pemuda UMNO Malaysia
7.20++ - Waktu berbuka dan solat Maghrib berjemaah
8.00mlm - Makan malam
8.30++ - Solat Isyak dan Tarawih berjemaah
Dapatkan maklumat terkini di facebook.com

Posted by [pi.es.you] at 7:56 AM
Monday, August 24, 2009
Majlis Iftar Bersama Yayasan Anak2 Yatim Pinggir TTDI
Date: | Saturday, August 29, 2009 |
Time: | 5:30pm - 10:30pm |
Location: | Pinggir Taman Tun Dr Ismail |
Street: | Damansara |
Description
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir TTDI pada sabtu 29 Ogos 2009, bermula jam 5.30petang di Pinggir TTDI, Kuala Lumpur.Majlis ini turut dihadiri oleh Dato' Seri Reezal Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
Posted by [pi.es.you] at 7:58 PM
Tuesday, August 18, 2009
Perhimpunan Solidariti Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Posted by [pi.es.you] at 6:33 AM
Tuesday, July 14, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Konvoi Pemuda & Perkemahan Jatidiri
Konvoi Pemuda & Perkemahan Jatidiri
Tarikh : 11-12 Julai 2009Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut menerusi Biro Keahlian & Gerak Gempur menganjurkan konvoi 100 pemuda dan perkemahan jatidiri untuk ahli/belia yang berumur 18 ke atas di Impian Rimba Resort Pangsun Batu 22 Hulu Langat.
Perserta konvoi akan berkumpul di UMNO Cawangan Kebun Bunga, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur (berhampiran Bank Negara & Padang Merbok) pada 11hb Julai 2009, jam 8.00 pagi untuk upacara perlepasan konvoi oleh tetamu kehormat.
Intipati program selama 2 hari ini merangkumi aspek jatidiri mengenai erti perjuangan parti UMNO, motivasi, sesi latihan bersama kumpulan yang akan dipimpin oleh fasilitator jemputan, sukaneka@tele-match dan upacara penutup oleh tokoh @ ahli politik berpengalaman.
Setiap pemuda cawangan diminta menghantar sekurang-kurangnya 3 ahli dan sila sahkan penyertaan saudara dengan menghubungi Pengerusi Biro Keahlian & Gerak Gempur, Sdra Azizul di talian 0123775963.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Posted by [pi.es.you] at 2:50 AM
Wednesday, July 1, 2009
Program Jalinan Mesra Pemuda Segambut dan Pemuda Wilayah Persekutuan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut bersama barisan Ketua Pemuda Cawangan akan mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan Exco Pemuda Wilayah Persekutuan. Butir-butir adalah seperti berikut;
Tarikh : 2hb Jun 2009
Masa : 8.30 malam
Venue : Kompleks Sukan DBKL, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur
Rakan-rakan yang berminat untuk menyarung jersi Pemuda Segambut dijemput hadir atau sekurang-kurangnya memberi sokongan padu kepada pasukan kita.
Posted by [pi.es.you] at 8:11 PM
Monday, June 29, 2009
Program Jalinan Mesra bersama remaja Kg Segambut Bahagia
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut akan menganjurkan program jalinan mesra dengan anak-anak/remaja dan belia Kampung Segambut Bahagia, selasa 30 Jun 2009, jam 8.00 malam.
Program akan dimulakan dengan solat Isyak diikuti dengan sukan sepak takraw dan futsal. Kehadiran AJK adalah diwajibkan dan rakan-rakan Ketua Pemuda Cawangan amat diharapkan.
Posted by [pi.es.you] at 10:49 PM
Friday, June 26, 2009
Jadual Persidangan Minggu Ini
Cawangan Kampung Sejahtera
Restoran Bapak
Jumaat, 26hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Nasir Husin
2. Sdr Aliff Firdaus
Cawangan Bukit Kiara
Dewan Masjid Al-Firdaus
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 9.30 pagi
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Sidi Johari (psu laaa)
2. Sdr Zaiful Zainal Abidin
Cawangan Medan Damansara
Dewan Masjid Al-Firdaus
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 2.30 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Izwan Hasan
2. Sdr Mohd Annas
Cawangan Segambut Luar
Dewan UMNO Cawangan Segambut Luar
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Rahmat Atan
2. Sdr Hafizi Ahmad
Cawangan Bukit Segambut
Dewan Sekolah Agama Segambut Masjid
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Tn Hj Baidzawi
2. Sdr Razali Mohamed
Cawangan Kampung Jalan Kuching
PPR Beringin
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Mohd Zamir
2. Sdr Ibdilillah Ishak
Cawangan Desa Segambut
Dewan UMNO Cawangan Desa Segambut
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 8.00 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Daud Sulaiman
2. Sdr Azizul Nurul Aini
Cawangan Segambut Bahagia
Dewan UMNO Cawangan Segambut Bahagia
Sabtu, 27hb Jun, 2009, 8.00 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Fauzi Sahri
2. Sdr Zalhaimy
Cawangan Kebun Bunga
Hotel Crystal Crown, Jalan Jambu Mawar
Ahad, 28hb Jun, 2009, 10.30 pagi
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Mohd Zamir
2. Sdr Mohd Razif
Cawangan Segambut Masjid
Dewan Sekolah Agama Segambut Masjid
Ahad, 28hb Jun, 2009, 2.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Nasir Husin
2. Sdr Mohd Faizal
Cawangan Taman Tun Dr Ismail
Restoran Puteri, TTDI
Ahad, 28hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syarul Nizam
2. Sdr Syahril Izham
Cawangan Tebing Kali
Pejabat UMNO Bahagian Segambut
Ahad, 28hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syed Nazeer
2. Sdr Suhaime Kamaruddin
Cawangan Bukit Damansara
Restoran Ali Maju, Pusat Bandar Damansara
Ahad, 28hb Jun, 2009, 4.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Sidi Johari
2. Sdr Azizul Nurul Aini
Cawangan Bukit Lanjan
Dewan UMNO Cawangan
Ahad, 28hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Fauzi Sahri
2. Sdr Mohd Zambri
Cawangan Masjid Firdaus
Dewan Masjid Al-Firdaus
Ahad, 28hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Nasir Husin
2. Sdr Khairul Esyani
Cawangan Taman Sri Sinar
Dewan Cawangan
Ahad, 28hb Jun, 2009, 8.30 malam
* Tiada persidangan pemuda (fasal 16 Peraturan Pergerakan Pemuda - Penubuhan Pemuda UMNO Cawangan: ahli bertaraf pemuda tidak mencukupi 15 orang)
Cawangan Padang Merbok
PPR Beringin
Selasa, 30hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syahril Izham
2. Sdr Aliff Firdaus
Posted by [pi.es.you] at 7:03 PM
Wednesday, June 24, 2009
Info Kanak-Kanak Hilang di Sri Putramas, Jalan Kuching
Assalamualaikum wbrt
Saya terima email berhubung 2 beradik yang didapati hilang sejak 22 Jun 2009. Memandangkan perkara ini berlaku di dalam lingkungan kawasan kita, maka saya pohon kepekaan dan keperihatinan tuan-tuan. Jangan sampai tragedi adik Nurin berulang lagi.
sekian, terima kasih.[pi.es.you]
Email version:
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.
Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you



Posted by [pi.es.you] at 1:18 AM
Thursday, June 18, 2009
Jadual Persidangan Pemuda Cawangan
Cawangan Medan Putra
Dewan UMNO Caw Bandar Manjalara
Jumaat, 19hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Izwan Hasan
2. Sdr Azizul Nurul Aini
Cawangan Taman SPPK
Dewan UMNO Caw Taman SPPK
Jumaat, 19hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Hafizi Ahmad
2. Sdr Syarul Nizam Zai Hamzah
Cawangan Bukit Maluri
Dewan UMNO Caw
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 10.00 pagi
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Mohd Faizal
2. Sdr Mohd Zamir (tukar dengan Shahrizan)
Cawangan Flat Taman Sejahtera
Dewan UMNO Caw
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 2.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syed Nazeer
2. Sdr Rizal Dato' Hj Alang
Cawangan Segambut Tengah
Dewan UMNO Caw Segambut Tengah (Dewan Lama)
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 2.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Fauzi Sahri
2. Sdr Darul Ehsan Ahmad
Cawangan Taman Lawa
Laypak Kopitiam, Setiawangsa (Pej YB Senator)
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Rahmat Atan
2. Sdr Zalhaimy Abd Latif
Cawangan Taman City
Pejabat UMNO Bahagian Segambut
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 8.00mlm
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syahril Izham
2. Sdr Norhelmi Mokhtar
Cawangan Segambut Dalam
Dewan UMNO Caw
Sabtu, 20hb Jun, 2009, 8.00malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syarul Nizam Zai Hamzah
2. Sdr Amir Abu Bakar
Cawangan Bandar Manjalara
Dewan UMNO Caw
Ahad, 21hb Jun, 2009, 10.00pagi
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Fauzi Sahri
2. Sdr Razali Mohamed
Cawangan Kampung Benteng
Pejabat UMNO Bahagian Segambut
Ahad, 21hb Jun, 2009, 10.00pagi
Wakil Pemuda Bahagian
1. Tn Hj Ahmad Baidzawi
2. Sdr Khairul Esyani
Cawangan Kampung Pasir
Dewan UMNO Caw
Ahad, 21hb Jun, 2009, 2.00petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syahril Izham
2. Sdr Amir Abu Bakar
Cawangan Kampung Palembayan
Dewan UMNO Caw
Ahad, 21hb Jun, 2009, 3.00petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Daud Sulaiman
2. Sdr Suhaime Kamaruddin
Cawangan Segambut Stesyen
PPR Taman Beringin, Blok D
Ahad, 21hb Jun, 2009, 3.00petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Izwan Hasan
2. Sdr Ibdilillah Ishak
Cawangan Segambut Permai
Dewan UMNO Caw Segambut Luar
Ahad, 21hb Jun, 2009, 8.00 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Aliff Firdaus
2. Sdr Mohd Zamir
Sila berhubung dengan Sdr Radzuan Abdullah Sani, di talian 016-7077977 (sekretariat / KPC Pinggir TTDI) untuk mendapatkan buku wakil pemuda bahagian.
Sekian, harap maklum & selamat bertugas.
[pi.es.you]
p/s - saya, Sdr Mahadhir dan Sdr Nasir tidak dapat menghadiri persidangan saudara-saudara pada minggu ini kerana menyertai kursus anjuran Sekretariat Penerangan Pemuda UMNO Malaysia di Melaka bermula Jumaat, 19 Jun hingga Ahad, 21 Jun.
Posted by [pi.es.you] at 4:00 AM
Friday, June 12, 2009
Program Sabtu - Ahad
Selain dari mesyuarat / persidangan cawangan pada malam ini dan Ahad, semua AJK Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan dan rakan-rakan ahli pemuda cawangan dijemput hadir ke program-program berikut:
Sabtu, 13 Jun 2009
1. Kenduri kahwin adik kepada Sdr Rahmat Anthuri (Timb Pengerusi Tetap Pemuda Bhgn) di dewan Taman Sejahtera dari jam 12-4 petang.
2. Majlis tahlil, doa selamat di rumah Sdr Syahril Izham, (AJK Pemuda Bhgn) di Jalan Masjid Firdaus selepas solat Zuhur
3. Kursus usahawan enterprise (sabtu/ahad) anjuran Belia dan UMNO Caw Segambut Dalam, di pejabat Belia WP, Bukit Kiara. Penyetaan adalah percuma kepada semua ahli-ahli pemuda UMNO dan juga ahli-ahli belia. Maklumat lanjut sila hubungi Hj Baidzawi (019-3338841) atau Sdr Zaiful (012-2705322)
4. Program 'Puteri Perihatin' anjuran Puteri UMNO Cawangan Sg Udang & Taman Kok Doh, di Rumah Perlindungan Titian Kasih, Jalan Maran, Titiwangsa bermula jam 3.30 petang.
Ahad, 14hb Jun 2009
1. Kursus usahawan enterprise (sabtu/ahad) anjuran Belia dan UMNO Caw Segambut Dalam, di pejabat Belia WP, Bukit Kiara (hari kedua)
Sekian, harap maklum
Posted by [pi.es.you] at 12:28 PM
Al-Fatihah
Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Rosnah Omar, ahli wanita UMNO Cawangan Segambut Permai telah kembali ke rahmatullah. Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya dan akan disusuli dengan solat jenazah sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Firdaus tengahari ini. Rakan-rakan pemuda dijemput hadir andai ada kelapangan masa.
Posted by [pi.es.you] at 12:25 PM
Tuesday, June 9, 2009
Jadual Persidangan Pemuda Cawangan
Cawangan Seri Hartamas
Bazar Fusion, Taman Tun Dr Ismail
Jumaat, 12hb Jun, 2009, 8.30 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Syahril Izham
2. Sdr Mohd Zambri
Cawangan Sungai Jernih
Restoran D' Puteri, Taman Wahyu
Ahad, 14hb Jun, 2009, 2.30 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Aliff Firdaus Abdul Hadi
2. Sdr Syahril Izham Abdul Malik
Cawangan Taman Kok Doh
Pejabat UMNO Bahagian Segambut
Ahad, 14hb Jun, 2009, 3.00 petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Daud Sulaiman
2. Sdr Mohd Razif Mohd Ali
Cawangan Penchala Link
Dewan Masyarakat Sungai Penchala
Ahad, 14hb Jun, 2009, 9.00 malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Izwan Hasan
2. Sdr Mohd Zamir
Posted by [pi.es.you] at 5:56 PM
Friday, June 5, 2009
Jadual Persidangan Pemuda Cawangan
Cawangan Seri Penchala
Dewan Seri Penchala
Jumaat, 5 Jun, 2009, 8.00malam
1. Sdr Nasir Husin
Cawangan Pinggir TTDI
Masjid Al-Ghufran
Ahad, 7 Jun, 2009, 3.00 petang
1. Sdr Fauzi Sahri
2. Sdr Nasir Husin
Posted by [pi.es.you] at 5:49 PM
Wednesday, May 20, 2009
Jadual Persidangan Pemuda Cawangan
Cawangan Desa Seri Mahkota
Dewan Orang Ramai Seri Mahkota
Rabu, 20hb May, 2009, 8.00malam
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Rahmat Atan
2. Sdr Mohd Faizal Zulkarnain
Cawangan Sungai Udang
Pejabat UMNO Bahagian Segambut
Ahad, 24hb May, 2009 - 3.00petang
Wakil Pemuda Bahagian
1. Sdr Radzuan Abdullah Sani
2. Sdr Syed Nazeer Shah
Labels: cawangan, pemuda, persidangan
Posted by [pi.es.you] at 2:38 AM
Salam Hormat
Menyedari
Teknologi & IT adalah medium yang memudahkan komunikasi
Menghayati
Teknologi & IT jika dimanfaatkan akan menjimatkan pelbagai kos sampingan
Menginsafi
Teknologi & IT jika tidak dikuasai, ibarat mengurung diri di bawah tempurung
Maka, blog ini dilancarkan sebagai saluran maklumat alternatif kepada rakan-rakan AJK Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan dan juga ahli-ahli pemuda cawangan. Sayugia diingatkan, blog ini bukan media rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut. Serentak dengan pelancaran blog ini juga adalah mendaftar dan memanfaatkan sepenuhnya facebook di atas nama 'Pemuda Segambut' yang didaftarkan sebagai profail dan bukannya 'group', Insyaallah sebaik sahaja penyertaan ahli pemuda Segambut menerusi komuniti facebook mencecah 100 orang, maka amat wajar untuk didaftar sebagai 'group'.
Sekian maklumat serba ringkas, mudah-mudahan teknologi IT dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemudahan kita bersama.
Wasallam.
Sidi Johari @ [pi.es.you]
- teknologi kadang2 kalut dan menyusahkan tapi mana ada jalan senang untuk senang. "Play for more than you can afford to lose and you will learn the game" - Winston Churchill.
Posted by [pi.es.you] at 1:00 AM