Tuesday, July 7, 2009

Konvoi Pemuda & Perkemahan Jatidiri

Konvoi Pemuda & Perkemahan Jatidiri

Tarikh : 11-12 Julai 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut menerusi Biro Keahlian & Gerak Gempur menganjurkan konvoi 100 pemuda dan perkemahan jatidiri untuk ahli/belia yang berumur 18 ke atas di Impian Rimba Resort Pangsun Batu 22 Hulu Langat.

Perserta konvoi akan berkumpul di UMNO Cawangan Kebun Bunga, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur (berhampiran Bank Negara & Padang Merbok) pada 11hb Julai 2009, jam 8.00 pagi untuk upacara perlepasan konvoi oleh tetamu kehormat.

Intipati program selama 2 hari ini merangkumi aspek jatidiri mengenai erti perjuangan parti UMNO, motivasi, sesi latihan bersama kumpulan yang akan dipimpin oleh fasilitator jemputan, sukaneka@tele-match dan upacara penutup oleh tokoh @ ahli politik berpengalaman.

Setiap pemuda cawangan diminta menghantar sekurang-kurangnya 3 ahli dan sila sahkan penyertaan saudara dengan menghubungi Pengerusi Biro Keahlian & Gerak Gempur, Sdra Azizul di talian 0123775963.

Penyertaan adalah PERCUMA.