Monday, February 22, 2010

Program JUARA RAKYAT


Assalamualaikum Wbrt dan Selamat Sejahtera kepada semua Ahli-Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut dan pengunjung blog INFO-PPUBS.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut, amat berbesar hati diberi kepercayaan oleh YB Senator Datuk Kamarudin Hj Ambok untuk menganjurkan Program JUARA RAKYAT bagi bulan Februari 2010 yang bertemakan KEBAJIKAN>

Bagi pihak Sdr Mahadhir Sulaiman, saya mengundang semua Ketua Pemuda Cawangan, Naib Ketua Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Cawangan Ke Program Juara Rakyat. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 27hb Februari 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Medan Letak Kereta, Masjid Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Aturcara program adalah seperti berikut:


8.30 pagi - Ketibaan para tetamu dan hadirin

9.00 pagi - Ketibaan tetamu kehormat dan majlis perasmian dimulakan
i) Lagu Negaraku dan 1 Malaysia
ii) Bacaan doa
iii) Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv) Ucapan Ketua UMNO Bahagian Segambut
v) Ucapan tetamu kehormat

10.00 pagi - Tetamu kehormat menyampaikan bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

- Aktiviti gotong-royong, pameran, demonstrasi dimulakan.

10.30 pagi - Tetamu kehormat di bawa ke melawat 5 buah rumah warga emas dan OKU di Kampung Sungai Penchala.

11.00 pagi - Tetamu kehormat di bawa melawat program gotong-royong.

11.30 pagi - jamuan makan tengahari

12.00 tengahari - Aktiviti pentas dan pameran oleh Jabatan Kerajaan, parti komponen Barisan Nasional Segambut dan NGO

1.00 petang - Upacara penutup dan bersurai


Oleh yang demikian, saya memohon komitmen tidak berbelah bahagi dari Saudara sekalian untuk hadir dengan jentera Pemuda Cawangan bagi melaksanakan program ini.

Saya juga mohon, agar rakan-rakan sekalian dapat mengambil bahagian dalam konvoi lawatan rumah ke rumah serta aktiviti gotong-royong.

Sila hubungi saya seandainya Saudara memerlukan maklumat lanjut. Keperihatinan dan komitmen Saudara sekalian amat kami harapkan bagi melaksanakan misi UMNO menerusi program JUARA RAKYAT ini.

Sekian, terima kasih

PSU Pemuda Bahagian Segambut